Wednesday, February 16, 2011

kafein sebagai salah satu diet untuk menjaga badan ?


ape tu kafein? tak tau? ish ish ish. meh lyeah gtau. Kafeina, atau name glemernye kafein, adalah senyawa alkaloid xantina berbentuk kristal dan berasa pahit yang bekerja sebagai ubat perangsang psikoaktif dan diuretik ringan. amende pun lyeah tak tau =.=' men kopi pes je. hahaa. alaa kafein ni sbnrnye some kind of ubat peransang kot. 
setiap bende ade pros and cons dia kan? kafein pn camtu gak.


okeh2, ni kelebihan kafein ekk.


  1. kafein dapat merangsang metabolisme serta meningkatkan fungsi otak. so tak heran laa kalau ada orang suka ambik kafein utk menjaga badan.
  2. kafein meningkatkan effect ubat penghilang rasa sakit dan mengurangkan rasa sakit.
  3. sebagai ubat sakit kepala
  4. meningkatkan tekanan darah (untuk yg ada tekanan darah rendah macam lyeah ni)
  5. meningkatkan daya ketahanan semasa bersenam
  6. menggalakkan pengeluaran asid lemak semasa bersenam
  7. mengurangkan nafsu makan (patutpun lyeah tak lapar sekarang ni, tadi pagi sebat 3 paket white coffee)
tapi awas!! kafein pn ade byk kekurangan jugak. macam....
  1. pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. (pulak..tadi sbg ubat sakit kepala,ni penyebab sakit kepala pulak?)
  2. meningkatkan tekanan darah (bagi yg ada darah tinggi, kurang2kan laa pengambilan kafein eh?)
  3. menyebabkan badan menggigil,degupan jantung yang cepat serta, ofkos, ketagihan JIKA diambil secara berlebihan
  4. menyebabkan kandungan gula dalam darah tak stabil
  5. menjerumuskan diri kepada penyakit insomnia
  6. meninggalkan kesan pada gigi! (ohhh noooooo!!!!!)
  7. Jumlah berlebihan( 400mg@3-4 cawan kopi ) akan membawa keracunan serta MAUT (yg ni tak tau sejauh mana kebenarannye. fakta ni menakutkan sikit. wuuu~~~ )
haaa ape ?? dah ketagih dengan kafein?? ayoooo tak tau. lak leng mata juling. hahaa. 
okeh ni cara nak mengatasi ketagihan kafein.

  1. stop slow2 drpd minum minuman yg berkafein
  2. tidur secukupnye (bg yg minum kafein utk elak ngantuk)
  3. motivate diri sendiri. always fikir akibat buruk kafein.
  4. dapatkan sokongan family and kawan2 rapat
  5. ni pendapat lyeah. makan laa gegule or chewing gum ke. takpun gegule KOPIKO tu kan? haaa.
tu je kot nak bagitau? bertonyeh panjang2 kan orang bosan nak baca  =.=' 
okeh daa~~


Tuesday, February 15, 2011

pantun sakit hati =D

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa la
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?



hahaa. tu je kot nak letak. ade banyak lagi. kalau tepek sume kat sini karang panjang berjela pulak entry. takde sape nak baca. sob sob sob  =.='

Monday, February 14, 2011

kantoi dengan sir . ohh noo!!

tersebutlah kisah.... tayibb...





hahaa actually bukan kantoi ape pon. just saje je sir tu nak menyakat. pastu aku dalam bilik gelak macam hape. hahaa. yelah baru kenal lec kan, tak sangka perangai dia like that, means suka tease orang. hahaa. lebih kurang akak2 dgn abang2 aku je la kot. wuuuuuuuuuuu~~

*maaf jika ada yang muntah darah hijau sebab entry ni berunsurkan syok sendiri*

hahaa.


kucing paling comel dalam dunia. wuuuu~~


okeh tipu. bukan dalam dunia. dalam contest ni aje. hahaa. alaa tadi tengok2 komen yg tak bape nak banyak tu. pastu terjumpa la one blogger ni.masuk2 blog dia, nampak contest. pasal kucing lak tu. tu yg join . hahaa. well,family aku pembela kucing tegar. rumah tu tak pernah takde kucing since aku lahir. wuuu~~


tu tuan punye blog punye address *ayat berbelit*


kenapa aku rasa gambar ni mcm serabut? hahaa. comel tak comel but aku pertaruhkan gambar ni.ecehh! bukan apa, aku rasa aksi akrobatik anak kucing ni mcm unik and jarang aku nampak. caption yang sesuai ?  
"tolonglah bagi saya makan biskut feveret saye tu (Whiskas or ape2 je la)"
hahaa.

ni nama dia boboy tapi dia dah mati sebab kena batu karang :(( wuaaaa
australian+kanada persian cat.

putih : kite nak g mana ni mak?
comel : mak nak gi bakor rumah orang yang buli kite aritu!!
coklat+kelabu : haa mak, kite bakorrr je!! bakorr je!!
muahahaa


okeh aku nak tag 3 (tiga) orang yang aku rasa/tak rasa dorang berminat join contest ni. muahahahahaa *evil laugh*

(saya tau awak banyak gambar kucing)

(suh etit buat sekali.tak jumpa blog dia =.=' )

 (tak dulik kau suke ke tak kucing, buat jugak! )

okeh tu je kot setakat ni ? wuuuuu~~~
hahaa.



pesan perkahwinan buat anak-anakku

pesan perkahwinan buat anak-anakku by abdullah jones.

wahai anak lelakiku
pelihara isterimu dengan baik
bermanis muka dengan dia selalu
belai dia dengan cinta
sayangi dia dengan kasih mesra
panggil dia dengan suara paling lembut
paling manja

anak lelakiku,
jangan lebihkan dia dari ibumu, dari aku
kerana sorgamu ada disitu

wahai anak perempuanku
hormati suamimu
jangan tidur (malam) sebelum dia
hiburkan dia selalu
buang letih mencari rezekinya dengan
lembut jari-jemarimu
letakkan dia dikepala bagai mahkota

anak perempuanku,
lupakan aku dan ibumu
kerana sorgamu ada pada dia
yang engkau panggil suamimu

wahai anak-anakku
selama mana pasanganmu
mahu duduk kekal taat
kepada tuhan milik semua sesuatu
redho-lah engkau akan kelaku

jika dia enggan
nasihat
jarakkan diri
atau rotan

lalu jika kekal mereka dalam enggan
walau dia engkau kasihan,
bebaskan mereka dengan ikhsan.


di-kopi-tampal daripada blog abdullah jones. (sila click tajuk sajak di atas) 
aku terpikat baca sajak tu. harap tuan sajak tak marah aku copy tanpa izin tapi aku tetap letak back link and itu tak menunjukkan bahawa aku menciplak karya beliau. sajak yang penuh maksud mendalam :)
sungguh, aku terpikat :)


Sunday, February 13, 2011

soalan yang sukar dijawab. kalian boleh tolong jawabkan tak?


boleh tolong jawabkan tak ? :-s
susah gile soalan yang dia bagi ni :((
tolong tolong!! tolong jawab :((
wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Friday, February 11, 2011

BLUE is that ?

""I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."




siyes lawak. hahaa. tadi blogwalking kat jiji punye blog. then terbaca la pasal satu entry ni (malas nak letak link sebab malas nak cari balik entry tu. hahaa), siyes lawak. gelak2 je baca but takde la sampai gelak camni  kan. hahaa. bijak orang yang buat ayat tu. asalnye camni, dia g interview dengan pakai serabai2 tidak lah kan? then org yg interview tu uji minda dia, dia cakap, (in english lah kan?) , buat ayat dgn menggunakan perkataan2 yg di-highlighted dekat atas tu. so jadilah petikan di atas tu. hahaa.

okeh bye!


p/s: sory entry macam sampah :)

Tuesday, February 8, 2011

jenis-jenis pengentut. hahaa.

KENTUT

1.    Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak
bunyi tapi gusar orang terbau
kentutnya.'

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang b*d*h
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain
seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.
 



anda berada di nombor yang ke berapa? hahaa.



Tuesday, February 1, 2011

Korang pernah dok rumah sewa atau asrama? He3, mesti byk gelagat yg boleh kita jumpa kan. Kalo dapat yg jenis ok baguslah. Tapi mcm mna nk buat kalo dapat yg jenis pengotor, suka2 hati ambil barang korang buat mcm harta dan mcm lagi? He3, korang bleh cuba cara2 kat bawah nie.



GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang korang dan bagitau kat roommate korang nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg korang & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate korang balik, jerit sekuat hati " horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pokok2 bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.





6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate korang balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.


try duk renung gaya ni. hahaa.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd korang.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la. Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. Bile roomate jage pakat2 buat x nmpk ape2.





20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat. 

Ha3, amacam dh dapat idea?
  
p/s: Do at your own risk...





di-salin-dan-tampal daripada page ini.




ape macam? aku sendiri baca pn dah suku gila. hahaa. nanti nak try laa dekat room mates aku.
muahahahahahaa   *evil laugh*



subhanallah :'(


Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci.  Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,  twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.


Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir


Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar


Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui: 
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch 
 Twitter:  DyyaDizarch 
Blog: Nadia-ism 
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

 

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. What’s happening in Egypt

3. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

4. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.

Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di JomPHP.

SUMBER: http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.


di-salin-dan-tampal daripada sini.

Ya Allah, kau selamatkanlah umat islam dan pelajar2 malaysia yg berada di mesir. 
semoga mereka selamat daripada menjaga mangsa keganasan di sana. aminnnnn~~