Monday, February 14, 2011

pesan perkahwinan buat anak-anakku

pesan perkahwinan buat anak-anakku by abdullah jones.

wahai anak lelakiku
pelihara isterimu dengan baik
bermanis muka dengan dia selalu
belai dia dengan cinta
sayangi dia dengan kasih mesra
panggil dia dengan suara paling lembut
paling manja

anak lelakiku,
jangan lebihkan dia dari ibumu, dari aku
kerana sorgamu ada disitu

wahai anak perempuanku
hormati suamimu
jangan tidur (malam) sebelum dia
hiburkan dia selalu
buang letih mencari rezekinya dengan
lembut jari-jemarimu
letakkan dia dikepala bagai mahkota

anak perempuanku,
lupakan aku dan ibumu
kerana sorgamu ada pada dia
yang engkau panggil suamimu

wahai anak-anakku
selama mana pasanganmu
mahu duduk kekal taat
kepada tuhan milik semua sesuatu
redho-lah engkau akan kelaku

jika dia enggan
nasihat
jarakkan diri
atau rotan

lalu jika kekal mereka dalam enggan
walau dia engkau kasihan,
bebaskan mereka dengan ikhsan.


di-kopi-tampal daripada blog abdullah jones. (sila click tajuk sajak di atas) 
aku terpikat baca sajak tu. harap tuan sajak tak marah aku copy tanpa izin tapi aku tetap letak back link and itu tak menunjukkan bahawa aku menciplak karya beliau. sajak yang penuh maksud mendalam :)
sungguh, aku terpikat :)


2 responds:

JIJI YU said...

jgn lebihkan bini dari ibu..hahha..tapi sekang ni ramai takut bini

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

@JIJI YU alaa bukan takut ape, takut kena tidur luar bilik je tu. hahaa.