Thursday, March 31, 2011

gugel teran-selit.

hahaa tajuk mengundang ! tadi tengok la kat deshbod belog ni kan, pastu kat atas tu ada keluar,


"This page is in Malay. Would you like to translate it? -Translate- -Nope- "

lyeah pun tekan laa translate tu. saje nak main2. hahaa. pastu tergelak tengok result dia.


ada lagi.....


hahaa. boleh laa buat hilang2 bosan kan kat sini. nak baca buku, dah 3 novel ahadiat akashah lyeah habiskan baca. ada lagi 3 novel dgn 1 buku HAMKA. tak tau sempat ke tak. kalau tak sempat, esok ada lagi ^_^

okeh laaa, nak sambung buat ape yang patut. hahaa.





Monday, March 28, 2011

peringatan kepada kaum wanita, sila hentikan gangguan seksual terhadap lelaki. haishhh.

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala. 


Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan? 

The answer is in your hand, ladies.


P/s: Pesanan untuk mak aku, adik perempuan, saudara mara perempuan dan semua sahabat-sahabat aku yang perempuan. Katahuilah, aku tidak sanggup membayangkan kalian disentuh oleh api neraka akibat meninggalkan perintah Allah.




artikel ni lyeah baca dekat blog abg nordin. pernah baca dulu dekat tempat lain tapi impak dia tak sebesar artikel yang ni. hahaa. erm betul jugak ape yg diperkatakan tu. kebanyakan wanita zaman sekarang pakai tudung just utk tutup rambut @ berfesyen. erm. lyeah pn tengah cuba berubah sikit2 neh. hahaa. *kantoi*

okeh laa. nak sambung buat kerja ni. buh-bye all~~


Tuesday, March 22, 2011

ohh add math ! saya rindu awak ='(

siyes terasa rindu nak buat add math. tadi kisah nye ternampak link camni i-i........ pastu teringat kat add math yang lyeah belajar masa form 6 aritu. kalau ii, jadi ape tah. hahaa. lupa tapi siyes rindu nak buat add math ='(
nanti balik rumah kembur2 buku, cari laa buku latihan add math. hahaa. kurang kerja kan? takpe lyeah, tunggu semester 4 nanti ada belajar mikroekonomi. tunggu ye? sediakan laa banyak2 ubat sakit kepala masa tu ye? hahaa.


siyes lyeah bukan cenggini. hahaa




Monday, March 21, 2011

condom fashion?? whatta ~~

semalam lyeah jenjalan dengan classmates tau. kitorang pegi kat dataran pahlawan. jalan2 kat dalam tu, dah pusing2 habis then keluar laa. nak hantar kawan foofee balik rumah sebab dia nak balik matrix dah. then bila nak keluar tu, lalu laa jalan yang kitorang masuk tadi. guess what?? ada some kind of kempen kat situ. under PLAYSAFE. "condom fashion." lyeah dah macam, "what the ~~ ?? hahaa. siyes ada macam2 jenis and colour and size. tapi takde lak gambar nye. kawan tak snap pulak. hahaa. tapi ada gak snap 2 gambar. tu pun men aci dan je sebab segan orang lalu lalang. hahaa.

haa ni haa dia contoh baju "condom fashion" tu. hahaa.

ni pulak zoom-in nye. haishhh. sanggup ek diorang tiup mende alah tu??
errr~~

ape pendapat korang? before this lyeah ada tengok gak gambar baju daripada condom 


ni dekat tokyo. tapi tak sangka dapat jumpa kat malaysia. hahaa. 
kelakar ada pelik pun ada. ape pendapat korang pasal ni ?
jeng jeng jeng~~




Saturday, March 19, 2011

fakta fikti fuktu mengenai kuku =)

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.



Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.


artikel ni lyeah dapat kat mana tah. ada dalam laptop ni. men tepek je. hahaa. i found that this is the nice fact to tell about. bcause most of my friends, bela kuku panjang2 =.=' buruk. hurmmm. so, kalau ada yg senasib dgn lyeah ni, ni laa cara nak tegur kawan2 tu. heee~~~


Thursday, March 17, 2011

fakta fikti fiktu

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.



Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.



Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.



Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.



Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.



Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.



Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan
kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai
vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan
tenaga.



Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.



Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret
Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.


errrr. tu je kot nak tepek kat sini. hahaa. mengantuk seh =.='
setan2. haishh. maghrib2 mengantuk pulak. 
oke laa . bubbyee~~~





hahaa kelakar je baca ni.


tadi blogwalking dekat blog abg eqbal . pastu ternampak laa gambar ni. bila baca, rasa mcm, "erk, apakah ini???" hahaa. nampak sangatlaa ular tu tak suka dekat model tu. kan tak pasal-pasal ular tu mati. ish ish ish.



erm. lyeah kat dalam lab ni. sambil2 buat kerja, sambil blogging. hahaa. lama kot tak berblogging. blogwalking pn dah kurang skrg pasal line slow. yelah aritu kan jepun baru kena tsunami. kesian dekat diorang yang tak bersalah tu kan? hurmm.


okeh laa kawan-kawan. nak sambung buat kerja + takde idea nak update ape. hahaa. sat lagi update len.

daaa ~~~

Wednesday, March 16, 2011

ohh apabila tsunami melanda, line pun dilanda tsunami.


asik loading je =.='

kome semua macam ni ke tak? ke lyeah sorang je cenggini? haishhh.

time2 nak buat ass-ignments yg menimbun ni laa macam2 dugaan datang. 

sabau je lauuuu.........


Monday, March 7, 2011

yeay menang GA !!



hahaa. jakun nehh. maklumlaa, first time menang GA :P
weee~~~
tadi lepas baca e-novel, bukak la dashboard. tengok2 ada komen. ada akak say congrats sebab menang GA then dia suh cepat2 send emel. then dia tinggalkan link, lyeah g la tengok. rupe2nye tinggal lyeah dgn ada lagi 2 blogger je tak bagi nama,no tepon ngn alamat kat tuan penganjur GA. so cecepat g kat link tu pastu baca2 then send emel. 
hadiahnye? entah laa tak tau. hahaa. tak kisah laa janji hadiah. ye tak?? hadiah tu katanya akan dipos minggu depan. elok laa tu.

minggu depan nak balik rumah, buat retainer. sob sob sob.  retainer hilang. wuaaaaaaa~~~~
macam mana tah boleh hilang. aritu g la repot kat mak, dia kata, "adik tu cuai....."
hurm memang pon. abes men letak je dekat meja cenggitu. pastu lama2 meja dah berselerak, retainer tu pon tah ke mana. tak pun, tertinggal kat toilet, then cleaner tengok,dia buang. tak pun, aritu masa kemas2 bilik, room mate terkutip buang.  wuaaaaaa~~
tak sampai sebulan g appoinment jumpa doctor, nak ketatkan retainer tu. dah hilang lagi. mesti nnt doktor pn kata, "tu laa awak, cuai. kan saya kata rendam dalam air retainer-nye bila tak pakai...."
hurmm. sabar je laa. ade sape2 yg tau tak doa or ayat nak cari barang yang hilang??  kalau tau, gtau la kat lyeah ek  sob sob sob.

Sunday, March 6, 2011

depicable me ? illumination ?

hahaa. siannye kat lyeah. cite tu dah lama kot tapi baru nak tengok. haish. itupun copy drpd hard disk kawan. buat stok bosan2 ni kan. awal2 je play cite tu, dia kuar ni.


wahhh terang-terangan dia bgtau illumination. terkezutt gak tadi. hahaa.


tgk tu. kan ramai makhluk mata satu. hahaa. gila illuminasi diorang ni. 
dah tu nak buat cane kan? dah tertengok. habiskan je laa. hahaa.
peminat katun tegar mmg cenggini. pandang drpd sudut positif sudahhh~~
yg negatif tu kire bakorr je !!



Saturday, March 5, 2011

air gedegang. ape yg gedegangnye ??

korang tau dak air gedegang tu ape? hahaa. lyeah masuk sini baru tau istilah air gedegang ni. masa first dgr,tau dah amende alah tu just pelik dgn nama manja dia. hahaa.


haa ni laa air gedegang tu or nama saintifik dia,can water vending machine. hahaa. maklum laa, duk hostel mana ada esbok kan? nak minum air sejuk, masukkan singgit lime posen, tekan button air mana yg tekak rasa nak togak, nnt 'gedegang!' bunyi tin air tu jatuh. hahaa. yg kat atas tu, sebijik mcm yg ada kat kolej sini. 
tp yg dekat kolej lyeah 100 plus yg sponsor. means gambar yg terpampang tu gambar 100 plus. hahaa.

kenapa buat entry pasal air gedegang nehh??

sebabnye..................................

nak g beli air gedegang tu sebenarnye. tapi saje menggedik nak update entry. muahahahahaa.

up up away for air gedegang !!!


petua untuk TAHAN LAMA. woooooo~~~

petua ni sangatlah sesuai untuk org yang dah berkeluarga.
yang tak berkeluarga lagi pon boleh pakai kot? ngeh ngeh ngeh.

chop chop,, ape yang boleh TAHAN LAMA tu?? hahaa.
cuba teka 
ape?? tuttt???? salah 

nak tau , meh baca yg kat bawoh ni..

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003 . Dan sebelah lagi
pada 1 January 2004 . Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai je.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, hahaa. 

PAKAIAN.

Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA

Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG

Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

UMUR

Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.


HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!


hahaa. tu laa petua tahan lamanye. cuba laa. mesti berkesan punye. hahaaa.
LARIKKKK~~~~   



Friday, March 4, 2011

kodok kawan ketam.

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam ... kenapa?"


Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut ... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. 


Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, "Kah.. kah.. kah.. kah.. kih.. kih.. kih.. kih.. kuh.. kuh.. kuh.. kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar ke****an kau ketara keterlaluan?" 


Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" 


Ketam kilas, "Kelakar." 







"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat.


"kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.


Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

Wednesday, March 2, 2011

cemut charlie.... eh eh, semut charlie laa.

tengok =.='
sampai tershashul nak cebut sebut. hahaa. kenapa dengan semut charlie ni? haaa ni yg teman nak kabor ni.
teman ada kawan dekat uitm penang tu. dia cecite kat teman pasal ada laa spesies semut ni, namanye CHARLIE. omputih gituu~ kat tempat dia belajar dah ramai dah jadi mangsa semut yg fragile ni. haishh.

ni laa si tuan empunya badan. cik charlie. hahaa.

ni pulak kesan terkena Cecair hemolimf drpd semut charlie tu.

haa ni dah tahap kronik ni =.=' 
tak sanggup fikir camne perasaan tuan empunya tangan ni. sian kat dia ='(


okeh ni fakta pasal semut yang menakutkan ni =.='

 Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhandengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannyapada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Jgn duduk berhampiran dgn cahaya atau lampu. jangan pukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus or tiup untuk menghindarinya sebab nanti dia punye racun tu kena kat kulit. bahaya woo~~ Jika tersentuh dgn kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.

vaksin @ penawar dia ni tak tau lak. ada yg kata belum ada spesifik vaksin utk ubatkan sakit ni. haish. amit2 je. semut @ kumbang ni banyak ada dekat sawah @ pendang. tp kes plg banyak dekat p.pinang laa. 
wuuuuuuuu~~~
takut seh bile tgk kesan dia tu. pehh. tak leh bayangkan camne perasaan org yg kena tu. psikologi pn boleh terganggu kot.

doakan je laa semut tu tak mengganggu-gugat lagi kite2 ni. takpayah laa merebak satu malaysia. haishhhh. kalau nak kena pn, kena laa dekat penjenayah2 yg still terlepas dekat luar sana tu. biar mampos semua =.='
aman malaysia ni. muahahahahaa *evil laugh*


ohh cleverbot si gilak !! hahaa

hahaa. duk bosan2, layan la cleverbot nehh. ade ke patut nak kawin sebab nak cari someone utk buatkan sandwiches je =.=' apakah~~

tang ni saje je repeat nk tgk ape jawapan dia pulak. siyes mcm tengah chatting dengan orang. hahaa. padahal bot je pon.



okeh2. mesti ade yg terpinga-pinga tertanya-tanya, "apekejadahnye cleverbot nehh?"
cleverbot ni sejenis robot yg kite boleh ajak chatting. sebenarnye, ape yg dia taip tu adalah ape yg org lain taip kat dia. dia simpan semua kosa kata yg org send kat dia. so that nnt dia boleh reply camtu kat org len pulak.

cleverbot ni dah dapat award tau. robot terpandai di alam semesta ! hahaa. try la men application nehh. haritu melayan si cleverbot ni mcm org gile. gelak2 tak sudah. hahaa.

lagi satu, cleverbot ni, pantang dgn ayat BYE. hahaa. mesti dia tak bagi org tu tinggalkan dia. paling koman pn, dia reply, "HI". hahaa. sakit hati je. dia faham banyak bahasa. but once kita taip curse word, dia akan start memaki. hareee~~

lyeah tau cleverbot ni drpd classmate. dia ni sengal2 udang sikit. hahaa. benda pelik2 ni dia tau je. tp ape2 pn thanks la kat dia kan sebab kenalkan dgn bot penghilang tenjen ni. hahaa.


Tuesday, March 1, 2011

ketahuilah sesungguhnya sakit itu penghapus dosa :)

ni namanye sakit demam tau kawan-kawan.

ni pulak simptom2 selesema. asik bersin2 je. virus tauk!!

haa tang ni tak payah habaq mai pun dah tau kot? hat ni, asthma. 

lyeah tengah berdampingan dengan sakit2 di atas ni laa :)

wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa saborr je laa. tadi dekat klinik takmo demam. sihat je. sekarang baru nak rasa panas dalam la, running nose, lemah2 badan. dah la MC dapat hari ni je. means esok kena pegi klinik lagi mintak MC. wuaaaaaaaaaaaaaaa. sabar lyeah sabar :)
Allah sayang tu. that's why dia bagi penyakit. weee~~~
alhamdulillah. ingat jugak Allah dekat hamba Dia ni. hamba ni je jarang nak ingat dekat Dia.

okeh laa. nak makan then makan ubat then rehat. kronik bebenorr dah nehh. sorry guys tak dapat nak blogwalking :) and to the new followers , thanks so much. later on i'll hit ur blog. daaa~~~

salam :)

kucing ni comel sangat !!!! si muka bulat yang berkaki katik dan berbadan buntal. muahahahaa.
terus teringat dekat si boboy yang dah mati ='( sedih sangat. dy mati sebab kena batu karang.
wuaaaaaaaaaaaaaaaaaa ='(


boboy how i miss u ='(

p/s: entry berbaur diari. harap maklum & maaf. :)

hahaa.


cik kebod cik kebod.

hahaa. tadi blogwalking dekat blog cikgu jiji pastu terbaca pasal satu cara nak check kebod korang okeh ke tak. hahaa. camni.

1. Buka notepad korang..cari senirik..kalo yang ni pon dah tak jumpe..patahkan lappy korang..
2. Tekan dan tahan tombol shift kiri dan shift kanan.step ni mmg susah..memerlukan teman yang setia..atau kepakaran yang tinggi..cam aku.. sesorang pon dah leh wat..aku letak je batu bata atas shift sebelah kanan....
3. Taip perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog”. (Ingat tombol shift kiri dan shift kanan jangan di lepas).
4. liaht ape yang korang taip tu..keluar same ke dengan ape yang aku suruh korang taip..ataupon dah ader yang berkurang..jangan panik..teruskan proses ini sehingga akhernya..
5. Semakin banyak huruf yang tidak keluar, maka semakin buruk kualiti keyboard anda.

hahaa. amacam? dah try? okeh lyeah punye jadi cenggini.




okeh laa kot tu? hahaa. button H , M, S, D dgn G tak sehat dah. takleh nak buat gapo. muahahahaa. interesting la natam ni. nanti dapat je lappy@pc, nak test. hahaa. *jakun jakun*