Saturday, July 28, 2012

meh belajor loghat johor.

assalamualaikum. 
tadi tengah lelepak kat fb, ada orang post pasal ni. 
memandangkan lyeah ni anak jati johor. *yeahhh!!*
so , rasa teruja nak post entry ni.

meh kite mulakan.
bismillahirahmanirahim.


Air Tawo/air jarang – Air Tawar/air masak
Bak - bawa
Bandor – Bandar
Belajor – belajar
Besor – Besar
Bobos - bocor
Buboh - letak
Cador – cadar
Calor – calar
Cenonet - kecik
Engko – Engkau
Esbok – Peti Sejuk
Gambor – Gambar
Gebor – selimut
Grobok – Almari
Hangen – angin
Hantor – hantar

Jajan – Makanan Ringan
Jerang - masak air/nasi
Jotos - sekel
Kang - nanti
Kejor – Kejar
Kolah - tempat simpan air
korang - engkau orang
Kosi – kerusi
Lantak - hentam keromo
Lapor – Lapar
Lawo – cantik
Leceh - lambat
Longgo - Longgar
Muor – Muar
Ngeteh – Minum air di kedai
Nonong - tanpa memperdulikan apa-apa pun
Pasor – pasar
Pasor Lambak – Pasar Malam
pestol – pistol

Segor – segar
Selipor – selipar
Sogame – sekolah agama
Sokkabor – Surat Khabar
Tampor – tampar
Terpeleot - terseliuh
Tikor – tikar
Tombot - pelupusan sampah
Tualo - tuala



haaaa tu dia. panjang kan post ni? ahahaha.
chop2 ada lagi.

Berdano - kotor. mcm sarung bantal kotor gitu.

Bengkek - marah,sakit hati
Sangap - menguap.
Palotak - kepala hotak.
Pergi saing - pergi sama-sama
Ngompol - kencing malam
Jaki - dengki
Epok2 - karipap
Sarap - sarapan.
Anu - buat
Yok - jom


hahahhaa. dah lah. tu je kot rasanya. kang takde orang nak baca kalau buat panjang2 kan.
haaa ada satu lagi,

pak kal/ pakal. yg ni lyeah tak tau nak explain macam mana.
ayat dia lebih kurang mcm ni,

"pakal je kau tu budak kecik, kalau tak dah lama aku sebat."

haaa gitu. kira macam "nasib je kau tu budak kecik,......"
kalau ada lagi, boleh ler tolong tambah2 kan kat ruang komen.
kite sesama belajor bahasa johor ye dak? eheh.

Salam.


Friday, July 27, 2012

Bakti Arjuna Fitri

Assalamualaikum.

indah kan nama tu? Bakti Arjuna Fitri. 

juna,
adalah dari bahasa arab yang memberi makna--
perasaan kami,
udara kami,
atmosfera kami.

bakti arjuna fitri.
bakti;supaya dia berbakti pada ayahbondanya, pada agamanya, pada bangsanya, pada orang2 tua di kelilingnya.
arjuna;supaya dia menjadi pahlawan yang menghormati wanitanya, agar dia menjadi pemberani yang menegakkan apa yang haknya.
fitri;kerana fitrah perkataan fitri itu sendiri-- 'seorang anak yang suci'. supaya dia menjadi hakikat tujuan dikirim ke dunia ini.
 
itulah petikan status daripada page Fynn Jamal or Peri Cenderawasih.

 okay, now, aku nak cerita,  pada 21 jun, pakar cardio kanak2 mengesahkan jantung Juna berlubang.
6 mm. juna masa tu baru berumur sebulan kot. kesian sangat dekat dia.

so, 18 julai haritu, tarikh juna nak operate bypass jantung dia. 

*p/s: photo courtesy dan informasi daripada page Peri Cenderawasih.

ni gambar before operate. tengah pakai baju operation tu taw. haaa.

ni juna lepas operation.

ni masa nak bukak jahitan tu. orang panggil pacemaker ekh?

okay ni gambar latest juna, 26 julai 2012. fynn jamal upload dekat fb dia, pukul 8 malam.


ALHAMDULILLAH. hari ni, juna dah nampak sihat. berkat doa dah sumbangan orang ramai, juna dapat teruskan hidup dia. 

saat ini, tika ini, serius terkejut, ada lagi ihsan dan kasih sayang manusia walaupun kepada orang yang kita tak kenal.
kos utk pembedahan juna ni 35k and kak fynn and husband takde duit sebanyak tu masa nak operate tu. soooo, dekat sini lah, rakyat malaysia, khususnya peminat kak fynn menghulurkan sumbangan untuk juna yg comel ni.
tak sampai 24 jam, dah cukup, malah terlebih cukup utk kos pembedahan tu.

serious rasa apa yg jadi ni, salah satu cara Allah nak tunjuk, yg zaman sekarang ni, ada lagi, ramai lagi orang yg betul2 ikhlas menghulurkan sumbangan macam ni.

sumpah aku terharu tengok. even aku takde sumbangkan pun sebab tau2 je juna dah nak operate, tapi at least, doa dapat aku titipkan buat Bakti Arjuna Fitri.

doa aku utk juna, semoga satu hari nanti, juna akan jadi insan yg paling berguna untuk semua.
paling tidak pun, untuk mummy dan daddy juna.
insyaAllah. amin.


Saturday, July 21, 2012

salam marhaban ya ramadhan :)

*kenapa letak gambar doa buka puasa? sebab baru lepas buka puasa kan. hikhik*

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan puasa ni.
hari 1st puasa, lyeah sambut sorang-sorang.
ye sorang-sorang.
nak balik tiket dah habis. hahaa.
dekat kampus ni rasanya 85% yang balik rumah sebab boleh dikira dengan jari berapa je bilik yang lampunye menyala yg mana menandakan ada penghuni lah kan? *bulan puasa hantu syaiton cuti*


rindunye dengan blog ni. tapi effort nak update blog tu takde. keinginan tu ada.
banyak je entry yg lyeah rasa lyeah nak update tapi malasnye nauzubillah.
kronik dah rasanye penyakit malas ni.

okay ni lyeah nak cerita sikit ni, haritu, 14 julai 2012, fakulti komunikasi dan pengajian,media universiti teknologi mara melaka, kampus alor gajah, ada menganjurkan satu program yang diberi nama 16 Outdoor Photography khas untuk pelajar semester 4 fakulti tu sendiri.

and of course lah lyeah terlibat sebab lyeah kan belajar course tu.
i jadi committee okay (kind of AJK jugaklah)

so let pictures take the words.

lyeah jadi AJK Program, kena jada bahagian attendance.

ni AJK2 program yg lain. aswad and azriee.

MASSCOM : The Answer To Misscommunication.

amin tengah khusyuk shoot gambar.

aswad pun sama.

haa kak ain pun sama. semua nak dapatkan shot yg terbaik.

eeee gelilah semut bebanyak ni. *tapi amik gak gambarnye*

ni lah lecturer COM264 - Photo Communication kitorang. Sir Hakimi Tew.

haaa masa ni tengah rehat. so sesaja nak snap gambar diorang. 
last2 diorang yg snap gambar lyeah. hahaa

shot panning yang PALING lyeah benci sebab satu pun tak jadi.


sunset.

masa ni tak ramai yg nampak matahari ni sebab tersembunyi.
bila sorang dah nampak, semua meluru panjat bukit nak amik shot yg terganggu dek tangki air tu.

night shot - BULB. 
macam momok kan? 
eh i had TWIN ! yeayyyyyyyyyyy~


over-exposed. sebab cahaya lampu dari bangunan library belakang tu.


so sedikit banyak dapatlah lyeah ilmu masa photo camp ni. tapi yg lecturer ni ajar ada berapa je ; 
  • limited exposure
  • extended exposure
  • slow shutter
  • fast shutter
  • panning
  • sunset
  • silhoutte
  • night shot
tu je lah. yg lelain mcm composition ke ape ke, dia suruh common sense. so basically semua tu lyeah dah lepas cuma panning tu lah. pening lyeah.
balik raya nanti nak mintak pakcu lyeah yg photographer tu tolong. nnt kitorang ni menembak sesama.
hahaa. menembak guna camera je taw. bukan senapang gajah.

okaylah,  taip pepanjang tak guna gak kalau orang taknak baca. *ceh padahal takde yg baca pon* 
hahaa.

T-T-F-N ! *tata for now!*

Salam :)