Friday, March 15, 2013

Lelaki dulu dan lelaki sekarang.

Dulu,
Bila disebut Lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda

Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanita dibiar bebas binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Unutuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad tekun berda’wah

Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan madrasah rasul

Petikan dari buku Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha.