Friday, April 25, 2014

semut charlie dan cara mengatasinya.



assalamualaikum.

amboi tajuk. haha. dulu Lyeah ada post pasal semut charlie ni kat SINI. haritu, dekat toilet kolej ni, Lyeah terjumpa sekor charlie. pehh, cuak jugaklah masa tu. pastu Lyeah bunuh *kejamnyeee* guna batang paip. hahahaha. nak tepuk guna tangan tak boleh. charlie ni suka duduk dekat tempat yang lembab. kalau musim hujan tu, banyaklah dia. 



semut charlie ni nama lain dia kumbang rove / tomcat / semut padi . nama saintifik dia Class : Insecta,Order : Coleoptera, Famili : Staphylinidae. pelik jugaklah. charlie ni selalu ada dekat kawasan2 yang ada sawah padi atau padang.

okay, harini Lyeah nak share sikitlah cara nak elak binatang ni. Lyeah refer dekat blog ni haa *CLICK HERE*

  1. Kurangkan penggunaan cahaya lampu di luar rumah pada waktu malam sebab semut charlie amat tertarik kepada cahaya. 
  2. Tiap petang nak ke malam tu, spray aerosol tu takpun pasang ubat nyamuk bakar @ elektrik. 
  3. Elakkan duduk dekat depan rumah di malam hari dengan cahaya. Jika dihinggapi semut charlie, jangan dipukul, sebaiknya dihembus/ditiup biar dia terbang ke tempat lain. 
  4. Jika terkena, cepat-cepat cuci pada bahagian yang terkena dengan sabun dan air, pakai krim Acyclovir 5% , minum antibiotik Neomycin Sulfat 3x/sehari. ni boleh cari dekat farmasi. tanya pharmacist tu. 


Tanda-tanda terkena serangan charlie adalah terasa kulit terbakar dan bintik-bintik merah berair @ nanah.. JANGAN DIGARU. sebab cecair dia tu adalah sejenis racun dan akan buat kulit jadi lagi gatal.



Cara Mengatasi jika sudah terkena gigitan charlie. Selalu dicuci dengan sabun dan air, larutan air garam (1 sudu teh garam untuk 1 liter air). kalau nak pakai cream, banyak produk dah sekarang ni. produk berasaskan herba lah, gamat lah, ikut awak nak pilih yang mana. jalan yang terbaik, mintak nasihat pakar dulu. kang jadi lain pulak.




ni kesan yang dah teruk sangat ni. mungkin orang ni dia garuk ke ape ke. teruk bebenor haa. nauzubillah. tak sanggup tenung lama-lama. hahahaha.


okaylah, itu aje untuk hari ini. tata~



till then, buddies!


Monday, April 21, 2014

MH 192

assalamualaikum.

sebelum apa-apa, marilah kita memanjat syukur pada yang Esa sebab kapal terbang MH192 selamat mendarat pagi tadi lepas 4 jam berlegar di udara sebab tayar depan pecah pastu gear gagal berfungsi.
seriously, Lyeah cuak betul rasa bila tengok kat twitter, ada orang tweet kapal tu buat pusingan balik. fobia rasa lepas apa jadi dengan MH370. dalam hati masa tu, "ahh, please, not another flight hijacking!"
jawa kata, amit-amit jabang bayi. hehehe.


ni video radar flight tu sebelum mendarat dengan selamat dekat KLIA. dia kena pusing2 lagu tu sebab nak habiskan minyak. kapal ni takde sistem pelupusan minyak. Lyeah pun tak faham sangat kenapa kena lupuskan minyak tu? maklumlah, budak bahasa. (ceh, alasan je tu.)

sebenarnya nak update pasal lain, tapi teringat pulak tadi tengok dekat dashboard blogger ada sorang abang ni dia update pasal flight ni lah. nak baca lebih, g kat blog dia. korang mana yang dah lama blogging, mesti kenal dia kan? abang Ujang ni.


okay, sebenarnya Lyeah nak mintak tolong sesapa ajar edit background blog ni haa. hambar sangat nampak. dah lama tak ber-blogging, harammm lupa semua camne nak edit blog. hahaha. suka pulak tengok blog orang cantik2, simple, exclusive gitu.

ke ada link ke tutorial dekat blog sesapa ke. meh lah post kat ruang komen tu. nanti Lyeah g tengok. sementara tengah rajin ber-blogging walaupun minggu depan kena hantar individual assignment 20% yang Lyeah tak start satu apa pun lagi ni. hihih.

till then, buddies!



Saturday, April 19, 2014

ada sesiapa tahu tak?

assalamualaikum.



ada sesiapa tahu tak macam mana nak tukar link blog dekat past entry?
dulu Lyeah guna link kamaliahroslim.blogspot.com lepastu ada masalah. tu yang tukar kamaliah-roslim.blogspot.com tu.
pastu entry yang lepas2, kalau click dekat bawah entry ni, takleh view lah kan unless i add the - symbol at the url.

so, ada sesapa tahu macam mana nak buat supaya bila click entry post yg lepas2 tu, terus keluar ke entry tu, bukan keluar camni...



tolonglah saya. :( hahaha



once upon a time . . . suatu masa dahulu



assalamualaikum.

sebenarnya Lyeah nak cerita pasal TV series Once Upon A Time ni. cerita ni ialah American Fairy Tales yang dijadikan drama bersiri dan dilakonkan oleh orang, bukan kartun. Lyeah start tahu cerita ni masa tengok channel 5 TV Singapore lah, dia buat marathon cerita ni straight 3 episode terus. lepastu Lyeah lupa ceritanya hari apa, pukul berapa. then, ex-housemate masa diploma dulu ada cerita ni, Lyeah copy ler apa lagi.



ni  poster dia.

Lyeah suka cerita ni pasal, well, dia fairy tales yang diadaptasi menjadi cerita manusia biasa. pastu, cerita ni unik sangat. dia bagitahu watak fairy tales yang sama cumanya jalan cerita yang berbeza. contohnya, snow white, sebelum dia tidur lepas makan epal beracun tu, dia dah kenal dengan prince charming dia tu. lepastu, red riding hood tu sebenarnya serigala jadian tapi dia tak tau, evil queen tu pulak, dulunya dia baik lepastu sebab ada something yg snow white (anak tiri dia) buat, dia jadi jahat. banyak lagilah. kena tengok sendiri baru puas.

ni Emma Swan. watak utama cerita ni. Emma ni anak Snow White dengan Prince Charming.

ni Snow White a.k.a Mary Margaret

ni Prince Charming a.ka. David Nolan

Evil Queen a.k.a Regina

Rumplestiltskin a.k.a Mr. Gold

Henry. dia ni anak kandung Emma dan anak angkat Regina. 

Captain Hook a.k.a Killian Jones.

okay, mesti semua pelik kan kenapa nama diorang ni ada dua ? cerita dia macam ni, evil queen cast a spell yang bawak semua watak dekat Enchanted Forest (tempat fairy tales) ni, pergi dekat dunia nyata which is dunia kita. tempat tu nama dia, Storybrooke. dekat sini, semua watak jadi orang biasa and pakai nama biasa  kecuali Evil Queen (Regina) dengan Rumple (Gold). diorang hari2 buat benda yang sama for 28 years sampailah one day, anaknya snow white dengan prince david, Emma, datang as a savior utk hapuskan sumpahan tu. Henry anak Emma yang dilahirkan dalam penjara dan diberikan ke rumah kebajikan untuk dijadikan anak angkat. Regina ambik Henry jadi anak angkat. ni baru season 1.  

season 2 dengan season 3 kalau Lyeah cerita kat sini, panjang jadinya entry ni. hahaha. tapi seriously cerita ni memang best gila. jalan cerita dia pun seronok. season 2 Lyeah habiskan dalam masa 2 hari je. punyalah addicted. hahaha.

by the way, siapa-siapa yang berminat nak tengok cerita ni dan nak download, cari dekat website awesomedl.ru . ada complete dekat situ. subtitles pulak ada dekat subscene.com .

okaylah. till then, buddies !

p/s: sorry for the long post. hahaha.