Monday, April 21, 2014

MH 192

assalamualaikum.

sebelum apa-apa, marilah kita memanjat syukur pada yang Esa sebab kapal terbang MH192 selamat mendarat pagi tadi lepas 4 jam berlegar di udara sebab tayar depan pecah pastu gear gagal berfungsi.
seriously, Lyeah cuak betul rasa bila tengok kat twitter, ada orang tweet kapal tu buat pusingan balik. fobia rasa lepas apa jadi dengan MH370. dalam hati masa tu, "ahh, please, not another flight hijacking!"
jawa kata, amit-amit jabang bayi. hehehe.


ni video radar flight tu sebelum mendarat dengan selamat dekat KLIA. dia kena pusing2 lagu tu sebab nak habiskan minyak. kapal ni takde sistem pelupusan minyak. Lyeah pun tak faham sangat kenapa kena lupuskan minyak tu? maklumlah, budak bahasa. (ceh, alasan je tu.)

sebenarnya nak update pasal lain, tapi teringat pulak tadi tengok dekat dashboard blogger ada sorang abang ni dia update pasal flight ni lah. nak baca lebih, g kat blog dia. korang mana yang dah lama blogging, mesti kenal dia kan? abang Ujang ni.


okay, sebenarnya Lyeah nak mintak tolong sesapa ajar edit background blog ni haa. hambar sangat nampak. dah lama tak ber-blogging, harammm lupa semua camne nak edit blog. hahaha. suka pulak tengok blog orang cantik2, simple, exclusive gitu.

ke ada link ke tutorial dekat blog sesapa ke. meh lah post kat ruang komen tu. nanti Lyeah g tengok. sementara tengah rajin ber-blogging walaupun minggu depan kena hantar individual assignment 20% yang Lyeah tak start satu apa pun lagi ni. hihih.

till then, buddies!



1 responds:

Aqilah Azmi said...

Heheheheh qila guna tutorial lyssasecret.com