Friday, April 25, 2014

semut charlie dan cara mengatasinya.



assalamualaikum.

amboi tajuk. haha. dulu Lyeah ada post pasal semut charlie ni kat SINI. haritu, dekat toilet kolej ni, Lyeah terjumpa sekor charlie. pehh, cuak jugaklah masa tu. pastu Lyeah bunuh *kejamnyeee* guna batang paip. hahahaha. nak tepuk guna tangan tak boleh. charlie ni suka duduk dekat tempat yang lembab. kalau musim hujan tu, banyaklah dia. 



semut charlie ni nama lain dia kumbang rove / tomcat / semut padi . nama saintifik dia Class : Insecta,Order : Coleoptera, Famili : Staphylinidae. pelik jugaklah. charlie ni selalu ada dekat kawasan2 yang ada sawah padi atau padang.

okay, harini Lyeah nak share sikitlah cara nak elak binatang ni. Lyeah refer dekat blog ni haa *CLICK HERE*

  1. Kurangkan penggunaan cahaya lampu di luar rumah pada waktu malam sebab semut charlie amat tertarik kepada cahaya. 
  2. Tiap petang nak ke malam tu, spray aerosol tu takpun pasang ubat nyamuk bakar @ elektrik. 
  3. Elakkan duduk dekat depan rumah di malam hari dengan cahaya. Jika dihinggapi semut charlie, jangan dipukul, sebaiknya dihembus/ditiup biar dia terbang ke tempat lain. 
  4. Jika terkena, cepat-cepat cuci pada bahagian yang terkena dengan sabun dan air, pakai krim Acyclovir 5% , minum antibiotik Neomycin Sulfat 3x/sehari. ni boleh cari dekat farmasi. tanya pharmacist tu. 


Tanda-tanda terkena serangan charlie adalah terasa kulit terbakar dan bintik-bintik merah berair @ nanah.. JANGAN DIGARU. sebab cecair dia tu adalah sejenis racun dan akan buat kulit jadi lagi gatal.



Cara Mengatasi jika sudah terkena gigitan charlie. Selalu dicuci dengan sabun dan air, larutan air garam (1 sudu teh garam untuk 1 liter air). kalau nak pakai cream, banyak produk dah sekarang ni. produk berasaskan herba lah, gamat lah, ikut awak nak pilih yang mana. jalan yang terbaik, mintak nasihat pakar dulu. kang jadi lain pulak.




ni kesan yang dah teruk sangat ni. mungkin orang ni dia garuk ke ape ke. teruk bebenor haa. nauzubillah. tak sanggup tenung lama-lama. hahahaha.


okaylah, itu aje untuk hari ini. tata~



till then, buddies!


0 responds: