Saturday, May 17, 2014

STGHEESSSSSS.

assalamualaikum.


agghhh stgheessss nye sayeerrrrr.

ahahahaha over tau. tapi serious tengah tension dengan belajar sekarang ni. assignments selambak, dengan groupmates ada yang kurang bagi kerjasama, masalah peribadi lagi. sampai dah rasa macam nak quit belajar je. haihh. lack of motivation betul. semangat juang nak belajar makin menurun. balik cuti kang nak topup baliklah. carik dekat celah-celah mana. hahahaha


cakap pasal desserts, Lyeah kalau stress memang kuat makan tapi berat maintain. kahkahkah. kuat makan, kuatlah duit tu keluar. temptation of foods tu dasyat sangatlah. semua benda nak ditelannya. nafsu serakah betul. 


haa lebih kurang gitulah gayanya. hahahahahaha. jadi, kali ni, Lyeah rasa nak kongsi cara-cara mengatasi stress yang Lyeah selalu amalkan, walaupun kadang2 sewel jugak jadinya. hahaha


  • Luahkan masalah/stress tu dekat seseorang. contohnya kalau kita rapat sangat dengan mak kita, rapat tahap cerita semua benda, luahkanlah perasaan dekat mak. rasanya, mak ialah orang yang paling faham kita.
  • berfikiran positif. macam Lyeah sekarang ni, hari Isnin kang kena submit dua full report subjek penulisan ilmiah dengan linguistik, dapat pulak lecturer yang sama, so, Lyeah just fikir, "alah ni baru assignments. kalau sebelum2 ni boleh je tempuh dugaan yang lagi besar, kenapa tak sekarang?"
  • MAKAN !! hahahahaha. makan buat perut kita kenyang. bila dah kenyang, sukalah hati. ada orang, kalau stress, dia tak makan tapi bagi Lyeah yang suka makan ni, lagi stress lagi suka makan.
  • uruskan masa dengan baik. okay, part yang ni Lyeah gagal sikit. hahaha. suka buat kerja last minutes adalah perkara yang sangat tak elok lagi-lagi bagi student macam Lyeah. assignments kena buat awal2 sebab nak buat research tapi dibuatnya last minutes. memanglah stress.

rasanya itu aje kot yang nak dikongsikan. Lyeah sebenarnya dah siap2 bukak microsoft word, nak sambung siapkan assignments tapi tu lah. procrastination always ruined me. hahahah. okaylah, nak sambung buat ni. tinggal sehari je lagi . aaaaaaaaaaaaaa !! hhahahaha

till then, buddies.




Tuesday, May 13, 2014

Segmen Blogger Aktif

Assalamualaikum.

tadi nampak Qila post entry ni, nak jugak ah. hahaha

apa yang Lyeah nak tekankan kat sini, pasal blogger yang aktif ni. dulu masa tahun 2010, 2011 blogging ni rutin harian Lyeah walaupun tak berapa nak hardcore. blogwalking hari2, komen sana sini, join contest, giveaway. lepastu sejak masuk belajar diploma, dah kurang pasal busy nak pengsan. hahaha. sekarang ni walaupun busy lagi teruk, kenapa ntah ada je masa nak blogging? hahaha.

sama jugak macam YM (yahoo messenger). dulu, Ya Rabb, aktif kemain sampai tak tidur pun takpe. gath sana sini, kumpul id special banyak2, buat kawan ramai2, lepastu masing2 dah ada life sendiri, haraaammmmm semua senyap sepi. sekarang? room YM dah tutup dah since disember 2012. pahal tah. hmmmmm.

jadi, ni segmen yang dianjurkan oleh blogger Anys untuk mengumpulkan semula blogger yang masih aktif sekarang ni. ni diaaaaa.

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 br="" insyallah="">

klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Lyeah buat ni sesaja je aktifkan diri semula dalam blogging. ikut suka hati. hahahaha. taknak terlalu obses lepastu pelajaran dengan kehidupan entah ke mana.


selamat menyertai segmen ni jugak! theeheehee.




Tuesday, May 6, 2014

Belasungkawa buat Allahyarham Aziz Sattar

assalamualaikum.



Al Fatihah...


Aziz Sattar meninggal dunia

2014/05/06 - 02:50:43 AM


Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.


Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas diserang penyakit jantung.


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.


Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.


*Copy and Paste daripada BH Online


Allah. kelmarin Zac JOHO. haritu, Jeremy Little. sungguh, mati tak mengenal usia.
Lyeah tengah duk scroll twitter tadi, lepastu ada orang retweet tweet cucu Allahyarham.







kisah Bujang Lapok di dunia realiti betul-betul dah berakhir dengan pemergian Allahyarham Datuk Aziz Sattar.

dari kecik sampai ke besar, kalau tengok cerita Bujang Lapok ni, tak pernahnya bosan. lepastu ada satu cerita berwarna antara Allahyarham S. Shamsuddin dengan Allahyarham Aziz Sattar, yang nanti aziz sattar jadi buta sebab accident lepastu Allahyarham M. Rajoli jadi samseng dalam cerita tu. Allahyarham mahmud june pun ada. kebanyakan watak dalam tu dah meninggal dah.


lagi sekali, al-fatihah buat lagenda-lagenda negara yang sentiasa menghiburkan kita.


al-fatihah.





Monday, May 5, 2014

Belasungkawa buat Azrafe Zaky @ pengasas JOHO®

assalamualaikum.


marilah seikhlas hati kita sedekahkan al-fatihah buat allahyarham.


Azrafe Zaky Abdul Rahman @ Zac ialah pengasas kepada jenama JOHO® dan vokalis kumpulan Komplot.
seriously, Lyeah tak berapa kenal pun dia. just tau dia ni pengasas brand JOHO® yang awesome tu je. kumpulan Komplot tu dulu masa zaman indie, adalah jugak Lyeah dengar.

allahyarham dikatakan meninggal secara mengejut pada jam 10 malam, 4 Mei 2014 di HSA Johor Bahru akibat serangan jantung sebab terlalu penat dan stress. Allahyarham dikatakan pengsan masa tengah makan dekat gerai di Kg Melayu. betul ke tidak, wallahualam. 




allahyarham dikebumikan di perkuburan Bukit Aliff pada pukul 10 pagi tadi. tak tahu nak rasa apa, Lyeah dah lama nak ke Joho Concept Store tu tapi tak pergi-pergi. Kehilangan ni adalah satu kehilangan yang agak besar jugaklah untuk JOHO. Allahyarham tak pernah lekang dengan idea-idea bernas untuk produk baru. daripada t-shirt, sampailah ke gebor (selimut), semuanya berjenamakan JOHO. 

walaupun Lyeah dekat Shah Alam, mana-mana pergi, ada je orang pakai baju JOHO, button badge JOHO, sticker JOHO, banyak lagilah, buat Lyeah rasa tak jauh daripada johor bahru. 

apa-apa pun, doanya, Allahyarham ditempatkan di kalangan yang baik-baik dan dipermudahkan perjalanannya ke sana. kita yang masih hidup ni, ambik iktibar. umur arwah baru 34 tahun ni. mati tak kenal usia. ingatan untuk diri sendiri jugak.

wallahualam.


UPDATE: Lyeah baru tengok berita astro awani pasal Allahyarham tapi berita ni pendek jelah. boleh tengok kat sini http://www.astroawani.com/videos/show/kini-trending/pengasas-joho-azrafe-zaky-meninggal-dunia-al-fatihah-31043

Saturday, May 3, 2014

Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001)

Assalamualaikum.

Sometimes happiness, sometimes sadness. bagi yang tak tau, itulah maksud tajuk cerita tu.

ehem. semalam semua duk update pasal cerita ni dekat facebook, twitter, blogger, wechat, instagram, dan segala mak nenek social media-lah. Lyeah? duk main games. hahahaha. bukan taknak tengok, tv takde. malas nak live streaming sebab tau cerita tu on air, dah lambat. lepas ada someone special tu (amboi) bagitahu dia tengah tengok cerita tu, Lyeah jadi geram pulak. semua duk cakap pasal tu, teruslah download ceritanya. ni baru nak tengok.

cerita ni dulu, ayah tengok sorang2 dalam bilik. keluar2 bilik je, mata merah berair. hahahaha.


ni lah ayah saya. 

Lyeah cerita hindustan ni tak hafal sangat pun. Kuch Kuch Hota Hai pun Lyeah lupa jalan cerita dia. hahahah. KKKG ni pernah tengok pastu lupa. yang Lyeah ingat, SRK tu anak angkat, pastuk Hrithik tu tak pandai ikat tali kasut. dulu gemuk, dah besar kurus. yang lain2, jeng kreng nak ingat balik.

ni, Lyeah nak listkan soundtrack cerita ni. kot ada yang malas nak google. hehehe.


  1. Kabhi Khushi Kabhie Gham - performed by Lata Mangeshkar
  2. Bole Chudiyan - performed by Kavita Krishnamurthy, Alka Yagnik, Amit Kumar, Udit Narayan and Sonu Nigam
  3. You Are My Soniya - performed by Alka Yagnik and Sonu Nigam
  4. Suraj Hua Maddham - performed by Alka Yagnik and Sonu Nigam
  5. Say Shava Shava - performed by Alka Yagnik, Sunidhi Chauhan, Udit Narayan, Sudesh Bhonsle, Adesh Shrivastava and Amitabh Bachchan
  6. Yeh Ladka Hai Allah - performed by Alka Yagnik and Udit Narayan
  7. Deewana Hai Dekho - performed by Alka Yagnik, Sonu Nigam and Kareena Kapoor
  8. Kabhi Khushi Kabhie Gham (sad version) - performed by Lata Mangeshkar
  9. Soul of K3G (instrumental)
  10. Vande Mataram - performed by Usha Uthup
  11. Its Raining Men - performed by Geri Halliwell

daaaaaaaaaaan, kalau ada yang nak semua lagu ni, download dekat sini ------> HERE .

okay itu ajelah kot. Lyeah baru lepas gotong royong dekat kolej ni. nak tengok KKKG. fefeeling pepagi. hahahaha.


till then, buddies !