Tuesday, May 6, 2014

Belasungkawa buat Allahyarham Aziz Sattar

assalamualaikum.



Al Fatihah...


Aziz Sattar meninggal dunia

2014/05/06 - 02:50:43 AM


Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.


Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas diserang penyakit jantung.


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.


Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.


*Copy and Paste daripada BH Online


Allah. kelmarin Zac JOHO. haritu, Jeremy Little. sungguh, mati tak mengenal usia.
Lyeah tengah duk scroll twitter tadi, lepastu ada orang retweet tweet cucu Allahyarham.







kisah Bujang Lapok di dunia realiti betul-betul dah berakhir dengan pemergian Allahyarham Datuk Aziz Sattar.

dari kecik sampai ke besar, kalau tengok cerita Bujang Lapok ni, tak pernahnya bosan. lepastu ada satu cerita berwarna antara Allahyarham S. Shamsuddin dengan Allahyarham Aziz Sattar, yang nanti aziz sattar jadi buta sebab accident lepastu Allahyarham M. Rajoli jadi samseng dalam cerita tu. Allahyarham mahmud june pun ada. kebanyakan watak dalam tu dah meninggal dah.


lagi sekali, al-fatihah buat lagenda-lagenda negara yang sentiasa menghiburkan kita.


al-fatihah.





1 responds:

Aqilah Azmi said...

innalillah :(
paling sedih kalau kita takde dekat sisi orang tu bila dia meninggal kan........