Monday, May 5, 2014

Belasungkawa buat Azrafe Zaky @ pengasas JOHO®

assalamualaikum.


marilah seikhlas hati kita sedekahkan al-fatihah buat allahyarham.


Azrafe Zaky Abdul Rahman @ Zac ialah pengasas kepada jenama JOHO® dan vokalis kumpulan Komplot.
seriously, Lyeah tak berapa kenal pun dia. just tau dia ni pengasas brand JOHO® yang awesome tu je. kumpulan Komplot tu dulu masa zaman indie, adalah jugak Lyeah dengar.

allahyarham dikatakan meninggal secara mengejut pada jam 10 malam, 4 Mei 2014 di HSA Johor Bahru akibat serangan jantung sebab terlalu penat dan stress. Allahyarham dikatakan pengsan masa tengah makan dekat gerai di Kg Melayu. betul ke tidak, wallahualam. 




allahyarham dikebumikan di perkuburan Bukit Aliff pada pukul 10 pagi tadi. tak tahu nak rasa apa, Lyeah dah lama nak ke Joho Concept Store tu tapi tak pergi-pergi. Kehilangan ni adalah satu kehilangan yang agak besar jugaklah untuk JOHO. Allahyarham tak pernah lekang dengan idea-idea bernas untuk produk baru. daripada t-shirt, sampailah ke gebor (selimut), semuanya berjenamakan JOHO. 

walaupun Lyeah dekat Shah Alam, mana-mana pergi, ada je orang pakai baju JOHO, button badge JOHO, sticker JOHO, banyak lagilah, buat Lyeah rasa tak jauh daripada johor bahru. 

apa-apa pun, doanya, Allahyarham ditempatkan di kalangan yang baik-baik dan dipermudahkan perjalanannya ke sana. kita yang masih hidup ni, ambik iktibar. umur arwah baru 34 tahun ni. mati tak kenal usia. ingatan untuk diri sendiri jugak.

wallahualam.


UPDATE: Lyeah baru tengok berita astro awani pasal Allahyarham tapi berita ni pendek jelah. boleh tengok kat sini http://www.astroawani.com/videos/show/kini-trending/pengasas-joho-azrafe-zaky-meninggal-dunia-al-fatihah-31043

2 responds:

Aqilah Azmi said...

:((

Aqilah Azmi said...

mati tak mengenal usia, betul lah kak lyeah.