Tuesday, July 26, 2016

Petua Penjagaan Kulit Muka

Assalamualaikum.


Setelah sekian lama tak ber-blogging, harini terasa nak blogging semula. Satu entry je pun. Hahaha. Dari haritu dah taip entry ni (tajuknya aje :P ), harini baru rajin nak edit gambar dan menaip.

Saja je nak berkongsi petua penjagaan muka, khusus untuk membuang @ menghilang bintik putih (white heads) di hidung serta menghaluskan @ melicinkan kulit muka. Petua ni dapat hasil sekian lama berblogging lepastu Lyeah alter sana sikit, sini sikit ikut sesedap rasa. Yang pasti, hasilnya memuaskan.

Dah nama pun petua kan, mestilah menggunakan bahan-bahan tradisional @ yang sedia ada kat dapur tu. Selamat pun selamat. Diyakini. Hahaha. Murah lagi haa. Boleh dikatakan satu sen pun tak keluar (sebab semua guna mak punya bahan kat dapur tu. Hahaha.)



Lyeah guna bikarbonat soda, serbuk kunyit, beras dan madu je. Senang je kan? Perempuan lelaki boleh cuba. 


Baiklah, mari kita tengok perkongsian bergambar kali ini.

**PERINGATAN: Mask ini digalakkan hanya 2 kali seminggu sahaja ye. Takut kulit muka halus sangat nanti jadi sensitif**


Mula-mula, Lyeah hilangkan bintik putih dulu. Cara-caranya macam kat bawah ni:


  • Pertama sekali, kita kena sauna @ wapkan muka kita dulu dengan wap air panas. Caranya, tuang air panas dalam mangkuk besar dan lebar, takpun besen kecik. Lepastu tala @ tadah muka kat atas mangkuk @ besen tu, bagi seluruh muka kena wap panas tu. Pastikan kita selubung kepala dengan tuala untuk elak wap tu menerawang ke tempat lain. Nanti kurang berkesan. Sauna muka ni adalah untuk membuka pori-pori kulit, nanti senanglah bintik putih tu nak nyah dari muka kita.
Mangkuk tu Lyeah letak kat atas bangku kecik, lepastu Lyeah duk bersila kat lantai dapur tu. Proses ni mengambil masa dalam 10-15 minit je. Lyeah buat 13 minit. hahaha.



  • Lepastu, barulah kita bancuh bikarbonat soda tu. Ambik dalam sesudu teh bikarbonat soda, bancuh dengan beberapa titik air. Jangan banyak airnya, cukup-cukup untuk bikarbonat soda tu jadi macam paste. Bila letak kat muka, tak meleleh. Macam pakai bedak sejuk tu.
Camtu haa bikarbonat yang dah dibancuh lepastu tepek kat muka. Saje je tepek satu muka sebab terbancuh lebih. hahaha.




  • Lepas dah kering tu, pergi kat sinki, gosok-gosok bikarbonat soda tu kat kawasan yang ditepek, lepastu cuci dengan air paip. Seeloknya air tu biar sejuk atau biasa-biasa je, untuk tutup balik pori muka yang terbukak tadi. Lepastu, cuba belek muka kat cermin, insyaAllah hilang bintik-bintik tu.
Ni sebelum Lyeah buat mask bikarbonat soda tu. Masalah bintik putih tak berapa serius pun tapi bila duk belek-belek muka tu, rimas jugaklah tengok. Kalau perhati betul-betul, kat hujung-hujung hidung tu nampaklah bintik-bintik putihnya.
Ni hasil lepas dah sauna muka, sapu mask bikarbonat dan cuci. Nampak tak yang bintik-bintik putih dah takde?




Okay. Lepas dah sudah belek muka tu, kita buat mask kunyit pulak. Kunyit ni memang elok untuk kulit. Antaranya untuk melicinkan kulit dan menghilangkan bekas-bekas hitam pada kulit, macam dekat celah-celah bedah tu. Tak caye, gi google. Berlambak orang kongsi petua yang menggunakan kunyit. Contohnya kat website ni.


Cara untuk buat mask kunyit ni, campurkan sesudu teh serbuk kunyit apa-apa jenama (lagi elok guna hirisan kunyit hidup) dengan susu segar @ yogurt putih. Lyeah takde yogurt putih mahupun susu segar, jadinya campur dengan air biasa je. Agak-agak tak cair sangat, tepek je kat seluruh muka kecuali bahagian mata. Biar dalam 10 minit macam tu. Jangan lama-lama, nanti muka kuning sangat. hahaha

Camni haa. Boleh jadi ahli keluarga The Simpsons dah. hahaha
Lepas dah kering tu, sama jugak, cuci je dengan air biasa. Kulitnya kuning? Takpe, jangan risau. Kalau ikut cara Lyeah sebiji sebiji, bangun tidur kesan kuning dah hilang dah, tapi kalau tak hilang lepastu segan nak keluar rumah, seeloknya buat hari last bekerja @ kelas. Esok lusanya takde jumpa orang kan? 




Gambar sebelah kiri tu sebelum tepek mask kunyit. Sebelah kanan tu lepas dah cuci mask kunyit. Takdelah kuning sangat kan? Kalau jenis kulit putih melepak mungkin kesan kuning tu ketara sikit.



Okay, langkah terakhir, kita buat mask beras. Langkah-langkahnya:

  1. Ambik beras dalam sesudu besar, sangai @ goreng tanpa minyak dalam kuali bersih, sampai jadi warna perang-perang. Terhangus sikit pun takpe.
  2. Lepastu blend @ tumbuk @ giling sampai lumat jadi serbuk.
  3. Ambik sikit dalam sesudu besar serbuk beras tadi tu, campurkan dengan setengah sudu teh @ lebih sikit  madu dan sesudu teh susu tepung (takde pun takpe).
  4. Tak payah campur dengan air pun.
  5. Lepastu tepek satu muka kecuali bahagian mata.
  6. Biarkan sampai kering semuanya.
  7. Dah kering, gosok2 mask tadi tu, jadikan macam scrub untuk hilangkan kulit-kulit mati, kotoran kat muka dan juga kesan kunyit tadi.

Inilah rupa mask beras tadi tu. Nampak tak beza warna yang kiri (baru tepek) dengan yang kanan (dah kering sikit)? Yang kanan tu nampak warna kuning lebih sikit. Mungkin dah serap kesan daripada kunyit tadi. 


Lepas dah buat semua tu, cuba bandingkan kulit muka sebelum dan selepas tu. Lyeah buat, dapat rasa kat hidung dah takde bintik2, kulit muka dah makin licin, kulit berminyak dekat T-zone pun dah kurang banyak. Ini semua duk rasa guna hujung jari je tau. Kalau tengok depan cermin, mungkin nampak lagi ketara kesannya. Selepas 2-3 hari pun kulit masih terasa elok walaupun baru sekali cuba.


Ini close-up kulit selepas buat proses-proses di atas. Maaflah kalau mata tu nampak macam menakutkan. Semulajadi macam tu. Sendiri tengok pun takut. hahahaha. 






Okay, itu sahaja Lyeah nak kongsikan. Keseluruhan proses ni Lyeah buat tuhari mengambil masa sejam setengah jugaklah, dari proses sangai beras sampailah proses cuci muka buat kali terakhir. Sebab banyak kali cuci muka, agak-agak rasa kulit tu kering sangat, tepeklah krim pelembap kat muka tu. heheh.


Diharapkan perkongsian ni dapatlah membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa yang sudi baca entry ni. Kalau ada petua lain nanti, insyaAllah Lyeah kongsikan lagi kat sini, ye?

SELAMAT MENCUBA! ;)


Saturday, May 17, 2014

STGHEESSSSSS.

assalamualaikum.


agghhh stgheessss nye sayeerrrrr.

ahahahaha over tau. tapi serious tengah tension dengan belajar sekarang ni. assignments selambak, dengan groupmates ada yang kurang bagi kerjasama, masalah peribadi lagi. sampai dah rasa macam nak quit belajar je. haihh. lack of motivation betul. semangat juang nak belajar makin menurun. balik cuti kang nak topup baliklah. carik dekat celah-celah mana. hahahaha


cakap pasal desserts, Lyeah kalau stress memang kuat makan tapi berat maintain. kahkahkah. kuat makan, kuatlah duit tu keluar. temptation of foods tu dasyat sangatlah. semua benda nak ditelannya. nafsu serakah betul. 


haa lebih kurang gitulah gayanya. hahahahahaha. jadi, kali ni, Lyeah rasa nak kongsi cara-cara mengatasi stress yang Lyeah selalu amalkan, walaupun kadang2 sewel jugak jadinya. hahaha


  • Luahkan masalah/stress tu dekat seseorang. contohnya kalau kita rapat sangat dengan mak kita, rapat tahap cerita semua benda, luahkanlah perasaan dekat mak. rasanya, mak ialah orang yang paling faham kita.
  • berfikiran positif. macam Lyeah sekarang ni, hari Isnin kang kena submit dua full report subjek penulisan ilmiah dengan linguistik, dapat pulak lecturer yang sama, so, Lyeah just fikir, "alah ni baru assignments. kalau sebelum2 ni boleh je tempuh dugaan yang lagi besar, kenapa tak sekarang?"
  • MAKAN !! hahahahaha. makan buat perut kita kenyang. bila dah kenyang, sukalah hati. ada orang, kalau stress, dia tak makan tapi bagi Lyeah yang suka makan ni, lagi stress lagi suka makan.
  • uruskan masa dengan baik. okay, part yang ni Lyeah gagal sikit. hahaha. suka buat kerja last minutes adalah perkara yang sangat tak elok lagi-lagi bagi student macam Lyeah. assignments kena buat awal2 sebab nak buat research tapi dibuatnya last minutes. memanglah stress.

rasanya itu aje kot yang nak dikongsikan. Lyeah sebenarnya dah siap2 bukak microsoft word, nak sambung siapkan assignments tapi tu lah. procrastination always ruined me. hahahah. okaylah, nak sambung buat ni. tinggal sehari je lagi . aaaaaaaaaaaaaa !! hhahahaha

till then, buddies.




Tuesday, May 13, 2014

Segmen Blogger Aktif

Assalamualaikum.

tadi nampak Qila post entry ni, nak jugak ah. hahaha

apa yang Lyeah nak tekankan kat sini, pasal blogger yang aktif ni. dulu masa tahun 2010, 2011 blogging ni rutin harian Lyeah walaupun tak berapa nak hardcore. blogwalking hari2, komen sana sini, join contest, giveaway. lepastu sejak masuk belajar diploma, dah kurang pasal busy nak pengsan. hahaha. sekarang ni walaupun busy lagi teruk, kenapa ntah ada je masa nak blogging? hahaha.

sama jugak macam YM (yahoo messenger). dulu, Ya Rabb, aktif kemain sampai tak tidur pun takpe. gath sana sini, kumpul id special banyak2, buat kawan ramai2, lepastu masing2 dah ada life sendiri, haraaammmmm semua senyap sepi. sekarang? room YM dah tutup dah since disember 2012. pahal tah. hmmmmm.

jadi, ni segmen yang dianjurkan oleh blogger Anys untuk mengumpulkan semula blogger yang masih aktif sekarang ni. ni diaaaaa.

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 br="" insyallah="">

klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Lyeah buat ni sesaja je aktifkan diri semula dalam blogging. ikut suka hati. hahahaha. taknak terlalu obses lepastu pelajaran dengan kehidupan entah ke mana.


selamat menyertai segmen ni jugak! theeheehee.